Karier Wes Morgan

Nottingham Forest

Dilahirkan di Nottingham, dan tidak diterima oleh jiran Nottingham Forest, Notts County ketika berumur 15 tahun, Morgan telah mempertimbang untuk meninggalkan bola sepak sebagai pilihan kerjaya, tetapi peluangnya datang untuk menyertai Forest.

Berikutan beberapa persembahan cemerlang dalam pasukan belia, pemain pertahanan itu membuat penampilan sulung pada 12 Ogos 2003 menentang Port Vale ketika berumur 19 tahun. Sepanjang musim 2003-04, dia berjaya menempatkan dirinya dalam pasukan utama, bermain bersama-sama bekas pemain antarabangsa England Des Walker dan Michael Dawson yang kemudiannya bermain untuk pasukan kebangsaan.

Dalam kempen 2007-08, Morgan membantu Forest naik divisyen ke Liga Championship secara automatik selepas mereka menduduki tempat kedua dalam liga. Satu-satunya gol Morgan dalam musim itu datang ketika kemenangan 2-0 ke atas Tranmere Rovers. Morgan membantu Forest mengekalkan 24 jersi bersih dalam musim itu.

Morgan mendapati ianya sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kembali dalam Liga Championship semasa separuh pertama musim 2008-09, dengan Forest berada di zon penyingkiran. Berikutan pemecatan Colin Calderwood semasa Hari Boxing 2008, dan ketibaan Billy Davies tidak lama kemudian, Morgan dan barisan pertahanan Forest kelihatan lebih kukuh dan mereka berjaya kekal dalam Liga Championship. Pada akhir musim 2008-09, dia telah membuat sebanyak 274 penampilan dalam semua pertandingan.

Bulan Oktober 2011 menyaksikan Wes Morgan membuat penampilan ke-400 nya untuk Nottingham Forest ketika menentang Hull City. Dalam perlawanan itu, dia juga diberikan peranan kapten.

Pada 20 Januari 2012, Nottingham Forest mengumumkan mereka menolak tawaran untuk Morgan dari seteru, Leicester City.[3]

Leicester City

Morgan (kanan) bermain untuk Leicester City ketika suku akhir Piala FA menentang Chelsea pada 18 Mac 2012

Pada 30 Januari 2012, Wes Morgan menyertai seteru Midland Timur, Leicester City dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan dipercayai sekitar £1j. Sebagai keputusan persembahannya menjelang akhir musim 2011/12, dia telah diberi peranan sebagai kapten Leicester City menjelang musim 2012/13.[4] Persembahan mengagumkan membolehkannya dicalonkan untuk Pemain Bulanan Liga Championship untuk bulan September.[5] Pada tahun 2014, Leicester dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris dan akan bermain di divisyen utama untuk musim 2014-15.

Rujukan

WikiPedia: Wes Morgan http://www.jamaicaobserver.com/news/Wes-Morgan-to-... http://www.lcfc.com/news/article/020913-morgan-ans... http://www.lcfc.com/news/article/070913-morgan-mak... http://www.lcfc.com/news/article/111012-award-nomi... http://www.lcfc.com/page/LatestNews/0,,10274~25941... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/16755706 http://www.nottinghamforest.co.uk/page/NewsDetail/... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Wes_Mo...